Akaun attazkiyah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

INFAQ MADRASAH AT-TAZKIYAH

INFAQ MADRASAH AT-TAZKIYAH

PENGENALAN

Madrasah At-Tazkiyah telah  dirasmikan pada  9hb  Januari  2011  oleh pengasas   Darul Mustofa Liddirasah Al-Islamiyah, Tarim, Hadramaut, Yaman iaitu Al-Allamah Al-Habib Umar bin  Muhammad bin  Salim bin Hafidz. Madrasah  At-Tazkiyah merupakan  cawangan  pertama   Darul Mustofa  Liddirasah  Al-Islamiyah di   luar   negara  Yaman  sejak  ianya ditubuhkan pada tahun 1414H / 1993M  di Tarim, Hadramaut, Yaman.


Pada awalnya, Madrasah At-Tazkiyah beroperasi di  di  sebuah rumah di Pantai Dalam yang menampung seramai 20 pelajar. Setelah beroperasi hampir setahun, ianya telah berpindah ke USJ  1, Subang Jaya, Selangor bagi   menampung   penambahan   pelajar  baru.   Lokasi   ini    disewa sementara   menanti   siapnya   bangunan   Madrasah  di    tanah   milik Madrasah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.


MISI
Menyemai Pusaka Baginda Rasulullah SAW (Ilmu) di dalam jiwa-jiwa yang akan menyebarkannya.


Pada tahun 2015, Madrasah At-Tazkiyah telah berpindah ke bangunan sementara di Taman Rasmi Jaya, Ampang. Madrasah At-Tazkiyah ketika di Ampang ini dinaungi oleh Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar AlHamid sebagai Pengerusi Yayasan Ar-Riayah.


Mudir Madrasah At-Tazkiyah adalah Ustaz Muhammad Ashraff bin Mohamed Osman manakala tenaga pengajar dan staf sokongan adalah seramai 15 orang.


Alhamdulillah, pada Oktober 2020, Madrasah At-Tazkiyah telah mempunyai cawangan di Batang Kali, Selangor. Jumlah pelajar terkini adalah seramai lebih kurang 100 orang.


Disebabkan kos pengurusan yang tinggi, maka pihak Madrasah At-Tazkiyah membuka peluang kepada semua muslimin-muslimat untuk berkongsi saham akhirat bagi memastikan kelancaran perjalanan madrasah. 

Tuan/puan yang berminat untuk memberikan sumbangan samada sumbangan biasa, tajaan yuran pelajar atau zakat bolehlah isi borang di bawah.

Bagi sumbangan berbentuk zakat pula, tuan/puan boleh klik link dibawah bagi tujuan tersebut :-

Ust Ashraff Osman

http://www.wasap.my/601152204365/zakatmat


Sekian terima kasih